Pages

Fwd: Musnahnya terowong Gaza



Musnahnya terowong Gaza
Terowong Gaza digunakan untuk membawa masuk keperluan dari Mesir ke Gaza.
Infografik Terowong Gaza
Infografik Terowong Gaza
RAFAH - PALESTIN - Penderitaan dialami rakyat Palestin di Gaza ekoran kepungan Rejim Zionis dengan bantuan sekutunya Rejim Mubarak seperti akan kembali berulang.

Selepas penggulingan Presiden Mohamed Mursi kelmarin, tentera Mesir mengarahkan beberapa jentolak memulakan kerja-kerja pemusnahan merobohkan terowong yang menghubungkan laluan antara Mesir dan Genting Gaza.

Media RNN melaporkan, kerja-kerja pemusnahan itu dikawal ketat tentera Mesir lengkap dengan senjata senapang automatik dan kenderaan tentera sebagai perisai.

Saksi berkata, jentolak itu kelihatan sejak beberapa hari lalu namun hanya memulakan kerja pemusnahan sejurus rampasan kuasa berlaku.

Sumber Mesir pula melaporkan, kelibat tentera itu mula dilihat sejak kelmarin di kawasan berkenaan.

"Laluan yang digunakan untuk membawa masuk pelbagai bekalan dan barang ke Genting Gaza mula ditutup beberapa hari sebelum rusuhan di Mesir," katanya.

Sementara itu, Kementerian Kesihatan di Gaza mulai bimbang apabila bekalan bahan bakar untuk penjanaan elektrik dan ambulans semakin berkurangan.

"Kami khuatir penutupan ini bakal berpanjangan kerana kemasukan bekalan bahan bakar sukar didapati kerana Israel sentiasa mencatu kemasukan bahan bakar tersebut," katanya dalam satu kenyataan.

Pasukan Keselamatan Palestin pula dikatakan meningkatkan kawalan di kawasan terowong berkenaan bagi menggelakkan kekecohan di Mesir merebak ke negara itu.

Terowong antara Mesir dan Gaza itu merupakan laluan utama kepada penduduk 1.8 juta penduduk Gaza sejak pengepungan Israel pada 2006.

Mursi sejak awal kempen pencalonan presiden lagi menunjukkan sikapnya yang jelas terhadap isu Palestin, kesetiaannya yang tak berbelah bagi bersama perjuangan rakyat Palestin di dalam menuntut hak permastautinan dan pembebasan Masjidil Aqsa.

Walaupun Mursi menggalas beban dan tanggungjawab berat memperbaiki sistem lama yang ditinggalkan dan kerja memantapkan kedudukan sosioekonomi rakyatnya, namun bantuan dan sokongan kepada Gaza mula ditunjukkan melalui pembukaan sempadan Rafah dan bantuan lain.

Pendirian Mursi membuka ruang kepada dunia luar untuk memasuki tembok penjara terbesar dunia itu. Malangnya, satu-satunya laluan yang ada kini dimusnahkan jentolak tentera Mesir.


Datuk 92 nikahi gadis 22 tahun


Datuk 92 nikahi gadis 22                  tahun
Mujamaie bersama isterinya, Muna.
SAMMARA - IRAQ. Seorang datuk berusia 92 tahun menikahi seorang gadis berusia 22 tahun, Khamis lalu.

Musali Mohammed al-Mujamaie dan isterinya, Muna Mukhlof al-Juburi berbeza umur 70 tahun.

Majlis pernikahan mereka diadakan sekali dengan pernikahan cucunya.

Mujamaie yang bekerja sebagai petani menikahi Muna setelah tiga tahun kematian isterinya yang pertama.

Bersama isterinya yang pertama, Mujamaie memiliki 16 anak.

Akui sangat bahagia dengan pernikahan itu, Mujamaie merasa kembali berusia 20 tahun.

"Saya sangat bahagia dapat menikah sekali bersama cucu saya.

"Saya merasa seperti kembali berusia 20 tahun," katanya yang sudah merancang untuk menikah bersama-sama dua cucunya yang berusia 16 dan 17 tahun itu.


Kisah Benar :Puntianak Tenggek Atas Atap


Kisah Benar :Puntianak Tenggek Atas Atap
gambar hiasan
KULIM - Penduduk Kampung Batu 4½ Sungai Ular digemparkan dengan 'gangguan' suara mengilai 'perempuan' meminta tolong.

Kakitangan awam, Aziz Othman yang menyewa rumah di kampung itu berkata, kejadian berlaku beberapa hari lalu sebaik sahaja dia tiba di rumah selepas selesai bekerja.
Tempat dan peralatan memuja.


Menurutnya, suara menyeramkan itu didengari kira-kira jam 1.30 pagi apabila dia berada di bahagian dapur rumahnya untuk minum air, namun terdengar bunyi cakaran di atap bagaimanapun tidak diendahkan.

Dia kemudiannya pergi ke ruang tamu untuk berehat, sebelum terdengar bunyi tapak kaki berjalan di atas atap rumahnya.

Cangkung atas bumbung

Aziz berkata, sebaik sahaja bunyi objek berjalan itu terhenti, dia terkejut apabila  terdengar suara perempuan mengilai dengan kuat di hadapan rumah.
"Ketika itu motosikal Kawasaki RR 150 yang saya miliki berada dalam rumah. Saya menolak motosikal saya keluar perlahan-lahan. Sebaik sahaja mengunci pintu rumah saya menghidupkan enjin motosikal.
Fatimah (kiri) pernah mengalami peristiwa sama.


"Alangkah terkejut apabila saya ternampak seorang wanita berambut panjang bermata merah menyala bercangkung di atas bumbung sambil memusing-musingkan kepalanya.

"Bimbang berlaku kejadian tidak diingini, saya terus meninggalkan rumah. Dari apa yang saya nampak, bunyi cakaran di atas atap itu berpunca dari rambutnya yang panjang," katanya kepada Sinar Harian.

Pengalaman menakutkan

Seorang suri rumah, Fatimah Abdul Ghani yang sudah enam tahun tinggal di kampung itu berkata, lembaga yang dilihat oleh mangsa merupakan puntianak yang sering terbang dan bertenggek di atas pokok dan atap rumah penduduk kampung.


Aziz dan Zamri menunjukkan kawasan pemujaan.

Menurutnya, kejadian itu jarang berlaku dan ia menakutkan bagi mereka yang tidak pernah mengalami kejadian aneh seperti itu.

Katanya, sebelum mengilai, penduduk kampung akan terdengar bunyi orang meminta tolong dari jarak 50 meter di dalam kawasan ladang kelapa sawit di bahagian belakang rumah mereka.

"Saya memang ada terdengar suara perempuan mengilai dan ketawa dengan nyaring di bahagian hadapan rumah mangsa, bagaimanapun tidak saya hiraukan. Ini adalah kerana lembaga itu belum pernah masuk ke dalam rumah atau ganggu penduduk kampung.

"Selalunya lembaga yang dikatakan puntianak ini hanya akan berjalan di atas bumbung rumah sebelum terbang ke dalam hutan. Ramai kalangan penduduk di sini yang pernah mengalami pengalaman menakutkan itu," katanya.

Berlaku lewat malam

Seorang lagi penduduk, Zamri Othman berkata, kejadian aneh itu sering berlaku di kampung itu terutama pada waktu lewat malam, dimana lembaga  dimaksudkan itu juga boleh menyerupai penduduk kampung lain dan berjalan berseorangan di tepi jalan.

Menurutnya, tanah yang didiami sekarang ini diwarisi dari keluarganya yang sudah meneroka kawasan itu sejak 100 tahun lalu.
Jelmaan perempuan pernah dilihat di sekitar kawasan rumpun buluh.

Katanya, suatu ketika dahulu penduduk kampung menggunakan bantuan ilmu ghaib dan ilmu hitam selain menjadikan makhluk halus sebagai hamba.

Selain menjaga kawasan kebun dan ternakan, makhluk ini juga diarahkan untuk melakukan kerja berat seperti mengerjakan bendang dan banyak lagi.

"Apabila zaman berubah, ahli keluarga mereka yang membela atau mengamalkan ilmu hitam ini tidak mahu mewarisi ilmu yang dipelajari oleh nenek moyang mereka dahulu.

"Ini mengakibatkan kebanyakan makhluk halus itu tidak bertuan dan merayau di sekitar kawasan kampung," katanya.sumber:sinarharian



Melissa Saila Terkilan Tak Tunai Permintaan Latifah Omar


Melissa Saila Terkilan Tak Tunai Permintaan Latifah Omar

Pemergian mengejut seniwati jelita di era kegemilangan filem hitam putih sekitar tahun 1950an hinggalah 1970an iaitu Latifah Omar telah meninggalkan kesan ramai yang membesar menonton lakonan hebatnya itu.

Namun, ianya lebih dirasai oleh Melissa Saila yang boleh disifatkan agak rapat dengan ratu cantik Singapura 1953 tersebut. Semuanya kerana 50-50, sebuah telemovie arahan Melissa Saila yang juga anak bongsu kepada seniwati Mariani yang telah menampilkan Latifah sebagai cameo di dalamnya.

Melissa Saila ketika dihubungi murai.com.my menyatakan rasa terkilannya apabila mendapat tahu pemergian individu yang dipanggil Auntie Latifah itu tidak sampai satu jam selepas dia melawat wanita itu. Dia terkilan kerana tidak dapat menunaikan permintaan Latifah yang mahu melihat lakonannya di dalam 50-50.

"Idea sebenar 50-50 mengisahkan cerita mengenai seorang lelaki yang koma dan sedar selepas berpuluh tahun berlalu. Dia teringatkan tunangnya dahulu yang bernama Azizah dan mahu mencarinya. Azizah kini yang sudah berusia telah dilakonkan oleh auntie Latifah sebagai cameo sekitar Disember tahun lalu.

"Ini merupakan satu-satunya lakonan dia(Latifah) selepas 40 tahun tidak berlakon. Tidak susah untuk menawarkan watak itu d imana saya cuma telefon dan dia bersetuju. Demi saya, dia sanggup buat kerana saya sudah lama kenal dan rapat dengannya.

"Tapi tak sangka dia pergi dahulu. Ketika dia dimasukkan ke hospital kerana koma, saya dan mummy ada melawatnya ketika itu. Walaupun tiada sebarang pergerakan atau ucapan, tetapi reaksi muka dan air matanya itu seakan menyedari kehadiran saya dan ibu tetapi kami tidak tahu adakah dia sedang bersedih ketika itu atau kerana menanggung kesakitan.

"Dan ketika dia menghembuskan nafas terakhirnya pada sekitar jam 6 petang itu, saya baru sahaja pulang daripada melawatnya. Tidak sampai satu jam saya balik, saya terima panggilan yang mengatakan dia telah meninggal dunia.

"Ketika sihat dahulu, dia ada bertanyakan telemovie 50-50 itu dan mahu menontonnya. Saya terlupa untuk memberikannya salinan dalam bentuk DVD hinggalah akhirnya dia tidak sempat menonton 50-50.
"Itu yang amat saya terkilan kerana tidak dapat memenuhi permintaan terkahir daripadanya,"ujar Melissa Saila yang rapat dengan Latifah melalui ibunya, Mariani juga pelakon hebat seangkatan seniwati yang sering menjadi heroin filem-filem hitam putih.

Seniwati Latifah Omar meninggal dunia di Pusat Rawatan Rapi (ICU) di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) sekitar jam 6.19 petang, 9 Jun 2013. Allahyarhamah yang berusia 74, dikatakan meninggal akibat penyakit kanser ulser usus setelah dimasukan PPUKM seminggu yang lalu. Jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam AU4, Taman Keramat, Kuala Lumpur.


Unik ! Bot jadi rumah pelajar


London: Seorang pelajar yang tidak mampu membayar sewa rumah membeli sebuah bot untuk didiami ketika belajar di universiti.
Langkah pelajar geografi fizikal, Joe Pearce membolehkan dia berjimat sebanyak £5,600 (RM28,000).

Bot itu dibelinya secara atas talian pada harga £800 (RM4,000), bersamaan dengan sewa dua bulan.
Pearce tinggal di bot kelas Falmouth Gypsy sepanjang tujuh meter itu selama 14 bulan ketika belajar untuk ijazah sarjananya di Universiti Aberystwyth.

PEARCE berdiri di hadapan botnya.

Meskipun masih boleh belayar, Pearce mengaku botnya itu, Golden Cloud boleh diibaratkan sebagai khemah kayu Ia dibina di Penryn, Cornwall, 32 tahun lalu. Badannya diperbuat daripada gentian kaca. "Ketika belajar mendapatkan ijazah sarjana, saya menyedari saya tidak mampu tinggal di rumah pangsa. Saya berkongsi rumah itu dengan teman wanita saya dan kami membahagikan bayaran sewa £100 seminggu itu antara kami," kata Pearce.

Menurutnya dia membeli bot berkenaan daripada pemiliknya di Porthmadog, Wales Utara.

PEARCE tinggal selama 14 bulan di dalam botnya.

"Rakan saya teruja dan menyangka saya membeli kapal layar yang glamor. Mereka terkejut apabila melihat bot yang saya beli. Zamannya untuk belayar sudah berlalu dan bagi saya, hidup di dalamnya seperti menjalani perkhemahan mewah atau tinggal di dalam khemah kayu!" Bot itu dilengkapi enjin buatan 1970 dan bahagian tertingginya ialah 1.7 meter, Ia menyukarkan Pearce bergerak kerana ketinggiannya hampir dua meter.

PEARCE terpaksa membongkok untuk berjalan di dalam bot.

"Saya menyimpannya di limbungan bot Ynslas, kira-kira 13 kilometer dari Aberystwyth dan saya akan berbasikal pergi dan balik ke universiti bagi menjimatkan wang.
"Semua orang di limbungan itu begitu baik dan membantu saya memasang bot berkenaan kerana saya tidak berpengalaman. Saya hanya perlu membayar £1(RM5) sehari untuk menyimpannya di situ.

"Kadang kala ia menjadi sesak kerana ketinggian bumbungnya tidak sesuai. Saya terpaksa membongkok. Bagaimanapun, bot itu menjadi tajuk perbualan. Saya juga mengadakan parti di dalam bot itu," katanya.


Gambar sempoi.. Dari Ustaz Azhar Idrus.. Mencandat sotong.

Sempoi dari big Bo's..UAI Mencandat sotong..

Ustaz Azhar Idrus..Mencandat sotong bila masa terluang..kalau Tiada Kuliah..
UAI sedang bercuti di pulau bersama keluarga...slh satu hobi uai, candat sotong..
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Seram ! Yana Samsudin Ada Deria Keenam ?


Seram ! Yana Samsudin Ada Deria Keenam ?

Pelakon cantik manis, Yana Samsudin mendedahkan bahawa dirinya memiliki kelebihan deria keenam sejak dari kecil lagi.

Selain itu, Yana juga mengakui kerap mengalami mimpi dan perkara itu akan menjadi kenyataan di alam realiti atau lebih dikenali sebagai Dejavu.

Menurutnya lagi, dia juga sering berjumpa dengan gumpalan rambut di bilik air walaupun sudah membersihkan bilik air sebelum ini.

"Saya tak tahu apa sebenarnya berlaku, tetapi perkara ini merunsingkan fikiran. Saya tenggelam punca kenapa tiba-tiba demam dan selalu jumpa rambut. Sampai satu tahap, saya tildak boleh fokus berlakon disebabkan badan dan otak terlalu penat.

"Keadaan semakin teruk bila saya berlakon cerita seram. Selalu saya jumpa gumpalan rambut di bilik air, walhal saya sudah bersihkan bilik sebelum keluar. Bila belek, rambut itu panjang, sedangkan rambut saya pula pendek. Tak ada orang lain gunakan bilik air saya melainkan saya seorang," jelasnya yang dipetik menerusi Metro Ahad, hari ini.

Mungkin Yana mempunyai kelebihan seperti sesetengah orang yang mampu melihat benda halus.
Mungkin perkara-perkara sebegini berlaku mempunyai hikmah di sebaliknya yang kita sendiri tidak dapat menilai pada pandangan mata yang kasar.

Semoga Yana tabah dengan ujian yang dihadapinya dan kalau rasa semakin keterlaluan gangguan itu, tak salah cuba dapatkan khidmat mereka yang pakar dengan perkara-perkara sebegitu.

Tak gitu?





10 KEMALANGAN PALING MAHAL DUNIA









 10.Titanic ($150 Juta)
Karamnya Titanic mungkin tragedi yang paling terkenal didunia, Hollywood pernah menghasilkan filem dari kejadian ini. Pada jam 11:40 malam 14 April 1912, peninjau kapal ini mengesan sebuah aisberg yang besar ketika berlayar di 400 batu ke selatan Grand Banks of Newfoundland. Tragedi Titanic melanggar aisberg semasa membuat trip percutian pertama mengorbankan 1500 hartawan. Kapal ini melibatkan kos $7 Juta untuk dibina dan antara yang paling mewah dan mahal ketika itu.($150 Juta Sekarang)



9. Tanker Truck vs Bridge ($358 Juta)
Pada 26 Ogos 2004 sebuah kereta berlanggar dengan sebuah lori tangki yang membawa 32 ribu liter minyak di Whiethel Brigde di Jerman. Lori tangki tersebut merempuh pagar dan terjatuh 100 kaki ke bawah Jambatan Authobahn Highway menyebabkan letupan besar yang memusnahkan "load-bearing" jambatan tersebut. Kerja2 sementara untuk membaiki Jambatan ini melibatkan $40 Juta dan kos menukarkan jambatan $310 Juta.



8. MetroLink Crash ($500 Juta)
Ianya berlaku pada 12 september 2008, jam 4.22 petang di daerah Chatsworth, Los Angeles telah dicatatkan sebagai kejadian kemalangan keretapi paling buruk di dalam sejarah California di mana 25 orang terbunuh dan 135 yang lain cedera. Kejadian berlaku apabila keretapi barang Union Pacific bertembung berhadapan dengan keretapi komuter Metrolink. Keretapi Metrolink dipercayai melanggar isyarat merah sebelum memasuki trek di mana keretapi barang berkenaan berada. Ianya berpunca dari kesilapan konduktor yang cuai membalas SMS serta tersalah memasuki laluan semasa pertukaran rail di Stesen California. Tindakan undang-undang dijangkakan melibatkan nilai lebih $500 juta.



7. B-2 Bomber Crash ($1.4 Billion)
B-2 Stealth Bomber. Ianya merupakan Pesawat Pengebom US Airforce paling mahal yang pernah dibina. The Spirit of Kansas ini pernah diterbangkan selama 5,176 jam. Dua orang krew yang sedang mengendali pesawat berkenaan terselamat sebelum ia terhempas. Kemalangan B-2 bomber berlaku di Guam Airbase pada Februari 2008 sejurus sahaja ianya berlepas. Pasukan penyiasatan membuat kesimpulan, ianya disebabkan oleh "Flight Computer System" dimana data arahan secara tiba-tiba mengarahkan Pesawat membuat "nose-up move" menyebabkan ianya hilang kawalan dan terjatuh. Ianya melibatkan sebuah B-2 Bomber dari 21 buah yang pernah dibina oleh US.



6. Exxon Valdez ($2.5 Billion)
Pada March 1989, Tumpahan lebih 10.8 juta gelen minyak di Teluk Prince William yang hanya boleh diakses hanya dengan bot dan helikopter. Ianya merupakan tumpahan minyak paling dahsyat dalam sejarah dunia moden. Kos pemulihan melibatkan $2.5 Billion yang ditanggung oleh Exxon.



5. Piper Alpha Oil Rig ($3.4 Billion)
Hari terburuk dalam sejarah minyak dunia. Ketika itu Piper Alpha Oil merupakan pengeluar minyak terbesar didunia dgn menghasilkan 317,000 per tong sehari. Kebakaran Pelantar Minyak paling buruk pernah terjadi di dunia ini terjadi pada 6 Julai 1988 kerja-kerja maintenance teknikal oleh Jurutera melibatkan lebih 100 "tiub valve" yang menyalurkan gas cecair. Kesilapan terjadi apabila salah seorang Technician terlupa untuk menukar 1 daripadanya. Pada pukul 10 malam, operasi itu dimulakan seperti biasa, apabila butang ditekan oleh pekerjanya, satu letupan dahsyat yang merekodkan sejarah dunia terjadi. Dalam masa 2 jam keseluruhan pelantar meletup dan terbakar menyebabkan 167 kehilangan nyawa.



4. Challenger Explosion ($5.5 Billion)
Pada 28 Januari 1986, NASA melancarkan Misi Kapal Angkasa Challenger, 73 saat selepas pelancaran ianya meletup di ruang udara. Hasil penyiasatan, ianya berlaku disebabkan faktor teknikal "faulty O-Ring" dimana ianya gagal untuk melindungi satu bahagian penyambungan, menyebabkan tekanan kepada Liquid Gas didalam tangki. Overload pada tekanan gas menyebabkan ianya keluar dan berlaku letupan yang dahsyat. Kos untuk menukarkan Space Shuttle tersebut, penyiasatan, pertukaran kelengkapan telah memakan kos hampir $5 billion.



3. Prestige Oil Spill ($12 Billion)
Pada 13 November 2002, Kapal yang dinamakan "The Prestige" membawa 77,000 tan minyak mentah dan kejadian bermula apabila 1 daripada 12 tangkinya meletup disambar kilat di perairan Galicia, Sepanyol. Akibat risau kapal akan tenggelam menyebabkan kapten meminta pertolongan dari pihak keselamatan Sepanyol untuk membawa kapal tersebut ke Pelabuhan berdekatan, tetapi pihak keselamatan tidak menghiraukan pertolongan dari kapten kapal The Prestige malah mengarahkan kapal itu keluar dari perairan mereka. Kapten kapal telah memohon pertolongan dari pihak keselamatan Perancis dan Portugal perkara sama juga terjadi. Laut semakin bergelora dan kapal Prestige itu tidak dapat diselamatkan ianya tenggelam ditelan laut menyebabkan 20 juta gelen minyak mentah ditumpahkan ke laut. Kos keseluruhan pemulihan sehingga kini masih dihitung dan dipercayai berjumlah $2.5 billion.



2. Space Shuttle Columbia ($13 Billion)
Masih anda ingat dengan kemalangan Kapal Angkasa Columbia? Ianya musnah ketika memasuki ruang udara bumi selepas melakukan ekspedisi angkasa di ISS pada 1 Februari 2003. Hasil penyiasatan menunjukkan kerosakan kecil di bahagian pelindung haba di sayap kiri Columbia menyebabkan ianya gagal menahan kesan suhu tinggi ketika memasuki ruang udara Texas akibat kelajuan yang terlampau tinggi. Semua 7 anggota crew STS-107 tersebut terbunuh. Kos membina Kapal Columbia yang berjumlah $2 bilion pada 1978 ($6.3 billion jumlah kini). $500 juta dihabiskan utk tujuan penyiasatan serta mencatatkan sejarah sebagai kos penyiasatan paling tinggi didunia.



1. Chernobyl ($200 Billion) 
Pada April 1986 telah berlakunya malapetaka paling buruk di dalam sejarah dunia moden. Letupan Reaktor Nuklear Chernobyl, ianya kemalangan paling berkos tinggi di dunia. 50% kawasan Ukraine di Barat Russia terpaksa dikosongkan. Lebih 1.7 juta manusia mendapat kesan dari malapetaka ini, termasuklah mereka yang mendapat efek seperti kanser disebabkan radiasi. Beberapa tahun kemudian, dianggarkan 125,000 orang. Letupannya dianggarkan 400 kali lebih dahsyat dari bom yang dijatuhkan di Hiroshima pada Perang Dunia Kedua. Kemalangan di Chernobyl ini, menyebabkan prosedur dan standard keselamatan melibatkan Reaktor seluruh dunia dirombak dan diberi kajian semula.


SUMBER  http://t5crew.blogspot.com


Fwd: Potret Monalisa Yang Terus Menjadi Misteri



Siapa yang tidak kenal dengan potret/lukisan Monalisa. Lukisan yang sangat terkenal. Nak dijadikan cerita, potret Monalisa ini merupakan salah satu karya agung Leonardo Da Vinci. Apa yang membingungkan adalah, potret lama yang berusia lebih 500 tahun yang dipamerkan di Muzium Louvre di kota Paris, Perancis terus mencetuskan misteri sehingga kini. 
 
Sudah tentu mengenai identiti seorang gadis jelita yang mempunyai senyuman yang menawan itu. Lukisan potret berasaskan cat minyak itu menggambarkan seorang gadis yang tidak dinafikan kecantikannya. Dia kelihatan menghadap ke arah pelukis dengan kedua-dua pergelangan tangannya dirapatkan antara satu sama lain.

Lalu dengan kedudukan begitu, Leonardo Da Vinci terus menggerakkan peralatan melukisnya dengan warna tertentu di atas kepingan papan mengikut corak dan pemandangan di hadapan matanya, sekitar 1503.

Pelukis itu mengambil masa yang lama untuk menyiapkan lukisan itu sebaliknya ketelitian dan pelbagai penekanan dalam proses menghasilkan kerja seni itu menyebabkan potret bergelar Mona Lisa itu siap empat tahun kemudian.

Kini, selepas lebih 500 tahun, potret agung bersaiz 53 sentimeter lebar dan 77 sentimeter panjang itu digantung di sebalik cermin yang dilengkapi pengawasan ketat di sebuah galeri khas muzium terbabit.

Sebelum dipindahkan ke galeri khas itu pada April 2005, jutaan peminat dari seluruh dunia mengunjungi Muzium Louvre semata-mata ingin melihat potret yang penuh dengan misteri dan enigma itu.

Misteri Potret Monalisa
  • Identiti Monalisa itu sendiri.
  • Riak wajah Monalisa.
  • Senyuman Monalisa yang nampak berbeza jika dilihat dari sudut berlainan.
  • Makna senyuman Monalisa sehinggakan ianya menjadi igaun penyelidik,ahli psikologi dan pengkaji seni dalam usaha untuk menafsirkan makna senyuman tersebut.
  • Sekecil-kecil sudut di dalam potret tersebut dikaji dengan teliti untuk membongkar rahsia Monalisa. 
Teori Mengenai Monalisa
  • Monalisa yang sebenarnya adalah Lisa Ghererdini yang merupakan isteri kepada seorang pedagang bernama Francesco de Giocondo. Mona Lisa bermaksud Madam Lisa.
  • Seorang penulis, Serge Bramly, pula mengemukakan teori bahawa model kepada lukisan Mona Lisa adalah ibu kepada Da Vinci dikenali sebagai Caterina.
  • Terdapat juga pengkaji seni yang mengandaikan bahawa wajah Mona Lisa dilukis Leonardo tanpa merujuk kepada mana-mana model sebaliknya ia berdasarkan imaginasi pelukis itu yang banyak menghabiskan masa mengkaji teknik melukis wajah seseorang.
  • Teori yang paling mengejutkan dikemukakan Dr Lillian Schwartz dari Bell Labs yang menyatakan bahawa Mona Lisa sebenarnya wajah Leonardo sendiri dalam versi kewanitaan. Teori itu diperoleh apabila Schwartz menggabungkan wajah Leonardo dan wajah Mona Lisa dan hasilnya, didapati bentuk kedua-dua wajah itu adalah selari!

Dr. Lillian Schwartz of Bell Labs suggests that Leonardo painted himself, and was able to support her theory by analyzing the facial features of Leonardo's face and that of the famous painting, She digitized both the self-portrait of the artist and the Mona Lisa. She flipped the self portrait and merged the two images together using a computer. She noticed the features of the face aligned perfectly!

Fakta Potret Monalisa
  • Lukisan itu menjadi popular selepas dicuri dari Muzium Louvre pada 21 Ogos 1911. Selepas kecoh mengenai kehilangan itu, seorang pekerja muzium terbabit iaitu Vincenzo Peruggia akhirnya didapati bersalah.
  • Lukisan itu dijumpai dan dikembalikan ke Muzium Louvre dua tahun kemudian.
  • Populariti potret Mona Lisa menyebabkan ia dijadikan lagu berlainan lebih 10 kali, diinspirasi sebagai filem atau babak filem dan pelbagai sastera serta seni kreatif lain.
  • Judul Mona Lisa diberikan kepada potret itu 31 TAHUN SELEPAS KEMATIAN LEONARDO. Selain Monalisa, potret ni dikenali sebagai La Gioconda.
  • Keistimewaan Mona Lisa adalah matanya akan sentiasa memandang ke arah pemerhati tidak kira dari arah mana anda memerhatikannya. Senyumannya juga kelihatan berbeza dari setiap sudut pandangan berbeza.
  • Terdapat pertikaian bahawa Mona Lisa membiarkan rambutnya terurai hingga ke bahu seperti terlihat dalam lukisan bagaimanapun ia disanggah dengan kenyataan corak seakan rambut itu sebenarnya kain pelindung kepala dan hanya beberapa helai rambut kelihatan. Ini disokong oleh nilai norma/etika masa tu, iaitu Perbuatan membiarkan rambut bebas terurai di zaman Renaissance adalah ciri wanita muda yang tidak memiliki sopan santun.
  • Selepas 500 tahun, keadaan meterial lukisan Mona Lisa yang melewati masa lama semakin membimbangkan.


Fwd: Simpan 10,000 Seluar Kecik Wanita Yang Dicuri, Cium Tiap2 Hari.

Gila apa punya miang? seorang lelaki yang berumur 48 tahunn di Thailand ditahan kerana mempunyai koleksi seluar dalam wanita sebanyak 10,000 helai!

 
Perghh…koleksi yang banyak ini membuatkan dia ditahan dan disoal siasat, memang pelik jika seorang lelaki menyimpan 10,000 seluar dalam buat koleksi, samada dia memang miang, ataupun nak bukak bundle…perghh…

Apabila diserbu, terdapat lebih 1,000 seluar dalam wanita di dalam keretanya, dan 10,000 lagi di dalam rumahnya, dia telah ditahan di kediamannya di Chinatown, Bangkok.

Dia mengaku telah mencuri seluar dalam tersebut sejak dia berumur 18 tahun, dan yang paling teruk sekali ialah, dia akan mencium seluar dalam tersebut di mana sahaja dia berada, khususnya ketika dia sedang mambawa kenderaan.

Mereka hanya boleh mendakwa lelaki tersebut disebabkan kesalahan pecah masuk, tidak untuk kesalahan mencuri kerana tiada sesiapa yang pernah melaporkan kedian seluar dalam mereka dicuri.

Perghh apehal seluar dalam orang pun nak kebas? pegi cium pula tu hari-hari, jijik!