Isu Bertudung – Erra Fazira Cuba Jadi Muslimah Yang Sempurna | Terkejut juga ammboi, seakan tidak percaya dengan penampilan baru salah seorang pengacara program bual bicara Primadona, Erra Fazira.
Gambar Erra bertudung memang cukup ayu dan terbaik. Namun sayangnya,
beliau bukannya sah sudah bertudung secara rasmi, cuma sebagai duta
kepada Butik Desa Murni Batik sahaja.
Tak apa. Apa salahnya kita memberikan
galakan dan sokongan. Semoga dipermudahkan urusan Erra untuk kekal
bertudung. Niat sudah ada, bak kata Erra dalam petikan dibawah.
Saya tidak dipaksa oleh pihak Desa Murni Batik untuk tampil dengan imej
bertudung tetapi ini salah satu inisiatif saya sebagai dutanya sejak 2
tahun lalu. Malah, Desa Murni Batik bukan sahaja mengeluarkan kain-kain
bercorak batik yang sesuai untuk dibuat baju tetapi mereka juga ada
mengeluarkan tudung yang bercorak batik. Jadi sebagai lambang seorang
duta saya sengaja berpakaian lengkap daripada butik ini. Namun, ianya
permulaan langkah yang baik untuk saya. Mungkin saya belum benar-benar
membuat keputusan untuk kekal bertudung sekarang tetapi InsyaAllah akan
datang kerana saya juga cuba untuk jadi muslimah yang sempurna,”
Erra juga memberitahu buat masa ini dia belum mengambil keputusan untuk
bertudung sepenuhnya dan bakal berhijab penuh bila sudah bersedia. Namun
Erra harap lebih ramai yang mendoakan yang terbaik untuknya agar
bertudung kekal dimasa akan datang.
No comments:
Post a Comment