Pages

SEMAKAN TARIKH PEMERIKSAAN FIZIKAL KONSTABEL WANITA PENGAMBILAN 2013

Semakan Tarikh Pemeriksaan Fizikal Konstabel Wanita Pengambilan 2013 | Info ini untuk kaum wanita yang berminat sertai pasukan beruniform, Polis Diraja Malaysia (PDRM). Berdasarkan sumber berita, Unit Pengambilan PDRM akan melaksanakan Ujian Pemeriksaan Fizikal bagi jawatan Konstabel Wanita bermula 2 Jun 2013 di seluruh Malaysia.

Ujian Pemeriksaan Fizikal ini adalah untuk calon Konstabel Wanita yang telah berjaya melalui permohonan secara online di Portal Rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA). Bermakna, ianya untuk mereka yang telah memohon secara online di portal SPA sahaja.



Untuk buat semakan online, anda boleh ke laman web rasmi Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerusi link dibawah:
atau terus ke laman
SEMAKAN ONLINE TARIKH PEMERIKSAAN FIZIKAL KONSTABEL WANITA
Sistem Semakan Online memudahkan pengguna menyemak status perkhidmatan secara efektif dan efisen. Melalui aplikasi ini, pengguna boleh menyemak Semakan Status Keputusan Repot Polis, Status Saman Trafik, Status Pengambilan Jawatan Kosong PDRM dan Status Permohonan Lesen Am pada bila-bila masa sahaja. Pengguna hanya perlu mendaftar sebagai pengguna rasmi terlebih dahulu dan seterusnya log masuk ke dalam sistem dengan mengunakan ID Pengguna dan Kata Laluan yang telah didaftarkan.
Untuk membuat semakan online, anda boleh layari Portal Rasmi PDRM di www.rmp.gov.my dan klik pada Sistem Semakan Online bagi capaian ke menu “Semak Status Pengambilan Jawatan Kosong PDRM” untuk mengetahui tarikh dan lokasi ujian tersebut akan diadakan. Sebarang permasalahan mengenai penggunaan SSO, e-melkan ke sso@rmp.gov.my untuk bantuan.

No comments:

Post a Comment