Pages

‘BERCUCURAN AIR MATA MEMANDANG KAABAH’ – EJA BERTUDUNG SELEPAS TUNAIKAN UMRAH

‘Bercucuran Air Mata Memandang Kaabah’ – Eja Bertudung Selepas Tunaikan Umrah | Alhamdulillah, seorang lain artis wanita berhijrah. Menerusi laporan media, Eja atau nama sebenarnya Siti Shahrizah, 41, kini tampil sopan berhijab. Jelas Eja, dia mula mengenakan hijab selepas pulang daripada mengerjakan ibadah umrah dan menjalankan sesi penggambaran drama bersiri terbarunya di Tanah Suci Mekah.

“Sebenarnya saya sudah menyimpan hasrat untuk bertudung di usia 40 tahun. Tahun lalu, saya menyambut hari jadi saya di Singapura tetapi apabila saya balik semula ke Kuala Lumpur, saya tak dapat menyempurnakan hasrat itu kerana sibuk dengan komitmen kerja. Tahun ini, saya terlibat dengan sebuah penggambaran di Mekah dan Madinah. Alhamdulillah hasrat saya akhirnya terlaksana,” ujar pelakon yang terkenal dengan sifat lemah-lembutnya ini.

“Ini kali keempat saya menjejakkan kaki di Tanah Suci Mekah dan Madinah. Kunjungan sebanyak tiga kali sebelum ini, perasaannya biasa sahaja. Kali ini, sebelum pulang ke Kuala Lumpur, bercucuran air mata saya memandang Kaabah. Saya percaya ini adalah petunjuk daripada Allah kepada saya,” ulas Eja yang juga menceritakan bahawa suaminya sangat gembira dan bersyukur dengan perubahannya itu.” Jelas Eja dipetik dari portal GUA.

 Tambah Eja lagi, dia berharap perjalanan kehidupannya dipermudahkan Allah selepas ini dan berdoa semoga imej barunya itu berkekalan. Malah, Eja juga memohon peminatnya mendoakan yang baik-baik agar dirinya sentiasa Istiqamah dalam penampilan terbarunya itu.



No comments:

Post a Comment