Zahid (AF2) Dan Sarah Julifa Nikah 7 Jun 2013 | Agaknya ni musim cerita artis berkahwin dan bertunang kot. Sebentar tadi ammboi siarkan mengenai Fouziah Gous bakal bernikah September
ini kini info mengenai Juara Akademi Fantasia musim kedua (AF2), Zahid
yang akan bernikah pada awal bulan Jun nanti dengan gadis bernama Sarah
Julifa.
Berdasarkan info yang ammboi tahu, Zahid atau nama sebenarnya Ahmad
Zahid Baharuddin, 32, akan berkahwin dengan Sarah Julifa Jusoh pada 7
Jun 2013. Sumber berita berkenaan diperkukuhkan dengan kenyataan yang
dikeluarkan oleh Zahid sendiri.
“Ya, memang benar saya akan berkahwin
tidak lama lagi. Kami telah berkenalan sejak tahun lalu dan memutuskan
untuk berkahwin pada 7 Jun ini. Majlis pernikahan akan diadakan di rumah
sebelah perempuan di Teluk Intan, Perak dan resepsi akan berlangsung
pada 8 Jun di rumah pengantin perempuan. Kemudian, majlis resepsi di
sebelah pengantin lelaki akan berlangsung pada 15 Jun juga di Teluk
Intan, Perak,” ujarnya dipetik dari laporan Kosmo Online.
Perkenalan antara Zahid dan Sarah
Julifa, 25, bermula ketika sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun lalu
selepas beberapa ketika berinteraksi melalui laman sosial Twitter.
Malah, sepanjang perkenalan Zahid tidak pernah mengetahui bahawa Sarah
Julifa bekerja di bawah satu bumbung dengannya iaitu di Astro. Zahid
turut menjelaskan mereka mungkin bertunang sama ada sehari atau hari
yang sama sebelum bernikah kerana ingin mengelakkan hubungan mereka
menjadi terlalu lama.
No comments:
Post a Comment