Pages

IDENTITI TEMAN WANITA – ZIZAN TERUS KUNCI MULUT?

Identiti Teman Wanita – Zizan Terus Kunci Mulut? | Mungkin ini adalah salah satu soalan yang sering ditanyakan kepada Zizan oleh pihak media yang mahu mengorek kisah cintanya. Namun pengajaran dari pengalaman lepas membuatkan Zizan Razak berhati-hati dalam mengeluarkan sebarang kenyataan.Jelasnya, dia tidak mahu ada pihak yang tersinggung atau tersilap tafsir kata-kata atau kenyataan yang dikeluarkannya lagi dan dia mengakui akan lebih berhati-hati apabila bercakap soal jodoh dan wanita misteri dalam hidupnya.

“Saya tidak mahu cakap tentang wanita misteri itu sebab saya pun tidak mengenalinya dan hanya memandang daripada jauh sahaja. Bila saya beritahu lebih-lebih nanti orang cakap saya perbodohkan wartawan pula, lebih baik diam dan bila sampai jodoh, saya akan beritahu,” katanya dipetik dari laporan mStar Online.

Selain itu, Zizan juga menegaskan hubungannya dengan pelakon Emma Maembong hanyalah kawan dan aktres itu bernaung dibawah syarikat pengurusannya. Jelas Zizan, persahabatan mereka sudah sejak dua tahun lalu.


No comments:

Post a Comment