Fouziah Gous Bertunang Sabtu Ini, Nikah September 2013 | Fouziah Gous dan Md Zhafran Md Yusof,
bakal mengikat tali pertunangan pada hari Sabtu ini. Berdasarkan sumber
media, Fouziah dan Zhafran memilih September depan untuk disatukan
sebagai pasangan suami isteri.
Gosip dan kontroversi negatif yang melanda Fouziah Gous, 30, mengaitkan
beliau dengan vvip dan sebagainya akhirnya lenyap kerana ianya kini sah
tidak benar sama sekali. Selain itu, Fouziah juga tidak mahu
memanjangkan tempoh bercinta dan pertunangan mereka kerana baginya, Md
Zhafran atau Zhaf sudah memiliki pakej lengkap lelaki idamannya.
“Zhaf kenal perangai saya. Dia tahu saya
jenis yang tidak suka membuang masa ketika bercinta. Saya lebih percaya
kepada percintaan selepas berkahwin, disebabkan itu, dia melamar
walaupun baru beberapa bulan kami bercinta. Sekurang-kurangnya ikatan
ini dapat mengelak kami difitnah. Kami membuat keputusan tidak mahu
mengikat tali pertunangan terlalu lama kerana kami rakan kongsi
perniagaan. Apabila adanya ikatan yang sah, lebih mudah untuk kami
menguruskan perniagaan bersama-sama. Jadi tidaklah menjadi buah mulut
orang jika sering dilihat bersama,” katanya dipetik dari ruangan HIP-BH
Online.
Fouziah dan Zhaf berkenalan menerusi
adik kepada kakak ipar Fouziah yang juga rakan rapatnya lebih setahun
lalu. Jejaka lulusan Ijazah Perakaunan Universiti Multimedia Malaysia
(MMU) itu memiliki syarikat keselamatan Arrow Guard dan menjadi
perunding kewangan.
No comments:
Post a Comment