Pages

PENJELASAN DIANA NASIR – NAFI JADI PUNCA FIZO OMAR PUTUS CINTA

Penjelasan Diana Nasir – Nafi Jadi Punca Fizo Omar Putus Cinta | Ini pula berkaitan dengan kisah Fizo Omar yang mendedahkan sudah putus cinta baru-baru ini. Biasalah, kalau dah putus cinta, mesti ada sebabnya kan. Jadi, tak pasal-pasal nama Diana Nasir, kakak kepada Anzalna Nasir dikaitkan dengan isu berkenaan.
Kononnya, Diana menjadi punca kepada putusnya hubungan cinta Fizo Omar dan bekas kekasihnya yang dikenali sebagai Haas memandangkan Diana pernah digosipkan dengan Fizo sikit masa dulu. Oleh itu ada pihak yang mendakwa Diana adalah orang ketiga dalam hubungan Fizo dan Haas.

Bagaimanapun dalam satu laporan Malaysia Digests, Diana mengakui memang berkawan rapat dengan Fizo Omar. Namun wanita ini menafikan sekeras-kerasnya desas-desus mengatakan dia lah yang menjadi penyebab Fizo Omar putus cinta.

“Saya orang ketiga? Tidak lah! Kejamnya soalan awak ni… Saya tak mahu komen panjang benda ni, nanti orang akan lagi lah tambah cakap yang bukan-bukan. Ya, kami memang kawan rapat sejak dua tahun lalu. Tapi saya bukan orang ketiga, okay. Tak benar! Sejak akhir-akhir ni kami pun jarang berjumpa, cuma kadang-kadang ada lah BBM (Blackberry Messanger) atau Whatsapp dia. Saya pun tak mahu lah kacau dia sebab dia dah ada kekasih. Tapi bila keluar berita dia berpisah, saya dah dapat agak dah, orang mesti nak kaitkan saya, kata Diana Nasir orang ketiga lah… dan sebagainya. Padahal saya bukan orang ketiga, okay. Dakwaan tu tak benar. Tapi apa nak buat… saya terima dan biarkan saja lah. Mulut orang kan… lantak lah”, ujarnya yang turut memberitahu cukup selesa berkawan dengan Fizo.
Sebelum ini Fizo Omar ada menjelaskan punca perpisahan antara dia dan bekas kekasihnya, Haas itu kerana tiada keserasian antara mereka.


No comments:

Post a Comment