Pages

DALI OMAR SELAR FAM TIDAK RASIONAL!

Dali Omar Selar FAM Tidak Rasional! | Tindakan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) membatalkan persahabatan kelas A menentang Singapura, 4 dan 7 Jun 2013 dianggap pelik dan boleh mengundang pelbagai hujah. Antara yang lantang mengkritik isu berkenaan adalah bekas pemain kebangsaan, Dali Omar.
Beliau anggap tindakan pengendali pasukan, Datuk K Rajagobal untuk menghadapi kelab divisyen dua Australia di Canberra dan Sydney pada 3 hingga 15 Jun 2013 ini tidak rasional dan beliau menyifatkan itu satu keputusan silap memandangkan cuaca di sana kian sejuk. Apa yang dihujahkannya adalah berdasarkan pengalamannya yang pernah berkelana di Australia.




“Pergilah kalau mereka mahu pergi bercuti. Daripada pengalaman saya menetap di Australia sebelum ini, sekarang cuaca sudah semakin sejuk sebaliknya kita pula akan menentang negara yang cuacanya panas. Kenapa tidak pilih negara yang cuacanya sama? Saya rasa pemergian pasukan ke sana tidak mendapat apa-apa faedah kerana prestasi setiap pemain di tempat sejuk pasti tidak akan sama ketika mereka beraksi di tempat panas,” katanya dipetik dari laporan BH Online.
Difahamkan anggaran suhu adalah 2 hingga 7 darjah celcius di Canberra manakala di Sydney, 10 hingga 14 darjah celcius manakala suhu di Bahrain – lawan yang bakal kita hadapi dalam saingan Kumpulan D, Kelayakan Piala Asia 2015 antara 26 hingga 33 darjah celsius.

No comments:

Post a Comment