‘Orang Tidak Tahu Cerita Sebenar ‘ – Sharifah Nadia Jelas Isu Pukul Suami | Beberapa bulan lalu kita dikejutkan dengan berita pelakon wanita, Sharifah Nadia mencederakan suaminya.
Jelas Sharifah Nadia, pelbagai persepsi buruk daripada masyarakat
ditundingkan kepadanya sedangkan mereka tidak tahu mengenai kejadian
sebenar.
Memetik laporan Malaysia Digests, Sharifah Nadia mengakui laporan dia
didakwa mencederakan suaminya, Lob Mahadir Abdul Shukur, telah
meninggalkan kesan kepada kehidupan peribadinya. Oleh itu dia akui
terkilan dengan spekulasi yang disebarkan. Namun dia berkata, buat masa
ini dia tidak perlu mempertahankan diri tentang berita yang dilaporkan
akhbar tentangnya kerana ia tidak penting buat masa ini. Jelas Sharifah,
kebenaran akan terbukti di mahkamah dan tidak mahu membebankan fikiran
dengan telahan masyarakat tentang kisah rumah tangganya.
“Masyarakat tidak tahu cerita sebenar
tentang apa yang berlaku dan saya agak terkilan apabila ada yang terus
membuat pelbagai spekulasi tidak benar. Apa orang nak kata tentang diri
saya biarlah kerana hanya saya dan suami yang mengetahui apa sebenarnya
berlaku dan rasanya saya tidak perlu untuk menjelaskan tentang keadaan
sebenar kepada orang lain,” katanya dipetik dari laporan berkenaan.
Mengakui sudah tidak tinggal sebumbung
sejak September 2011 dan dalam proses penceraian, Sharifah memberitahu
kes berkenaan masih berjalan dan dia juga turut menfailkan kes dia
dipukul suaminya di Mahkamah Tinggi Shah Alam. Hasil perkahwinan dengan
Lob, mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Lob Ahmad Dani (6 tahun),
Puteri Anis Khairah (5 tahun) dan Lob Umar Faiq (3 tahun).
No comments:
Post a Comment