Pages

Wikipedia Tolak Cabut Foto "Selfie" Seekor Kera. Hadoiii kera pun selfie.



Wikipedia Tolak Cabut Foto "Selfie" Seekor Kera. Hadoiii kera pun selfie.

 
Caters News Agency/Mirror Inilah foto selfie kera langka Indonesia yang kini menjadi sengketa antara fotografer David Slater dengan Wikipedia.

LONDON,   Fotografer alam, David Slater, pada 2011 menjelajah Indonesia untuk berburu foto. Ketika itu, seekor kera langka mengambil kameranya, lalu tanpa sengaja mengambil ratusan foto.

Setelah diperiksa, David menemukan sebuah foto selfie luar biasa sang kera yang menatap ke arah kamera sambil menyeringai lebar.

"Ketika saya melihat foto itu, saya sangat terkejut. Semuanya berjalan sangat baik ketika cerita saya dipublikasikan dan membuat ribuan orang di dunia merasa senang," kata David.

"Saya mendapatkan banyak surat yang berisi ucapan selamat dari berbagai negara hingga ke Irak. Mereka semua merasa senang melihat foto itu," tambah David.

Setelah kisah kera lucu itu dipublikasikan, foto selfie kera itu tersebar cepat di dunia maya, termasuk di laman ensiklopedia gratis Wikipedia.

David yang menganggap foto itu adalah hasil karya profesionalnya mencuba meminta Wikipedia mencabut foto tersebut. Namun, sejauh ini usaha David gagal kerana Wikipedia menganggap pemilik hak cipta foto itu adalah sang kera.

"Wikipedia menganggap foto itu mendapatkan perhatian dunia kerana hewan itu yang membuatnya. Kerana itu, kera itulah  yang memiliki hak ciptanya," kata David menirukan pernyataan Wikipedia.

Kontan saja pernyataan Wikipedia itu membuat David marah kerana menjual foto adalah mata pencahariannya dan kini salah satu foto andalannya muncul di sebuah media dengan gratis.

"Saya fotografer profesional. Saya menghabiskan biaya 2,000 poundsterling untuk perjalanan saya. Ini mata pencaharian saya," ujar David.

"Saya mengambil puluhan ribu foto dan kemudian mendapatkan satu foto yang boleh dijual dan foto itu adalah penghasilan saya," tambah David.

Kekesalan David bertambah kerana dia harus merogoh kocek hingga 10,000 poundsterling   untuk membawa kes ini ke mahkamah. 

Khalid: Nik Aziz pesan jangan memalukan sesiapa


Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata beliau berpegang kepada pesanan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang meminta beliau agar tidak memalukan sesiapa termasuk musuh politik.

Dalam majlis mendoakan beliau yang dianjurkan PAS dan NGO pro ulama semalam, Khalid berkata Datuk Seri Nik Abdul Aziz Nik Mat yang menjadi menteri besar Kelantan selama lebih 20 tahun, mahu beliau menjaga maruah mereka walaupun mereka hipokrit dan "munafik".

"Tuan Guru (Nik Aziz) ingatkan saya bahawa kita seharusnya tidak memalukan sesiapa, kita mesti sabar tetapi sama-sama betulkan.

"Pendekatan Rasulullah S.A.W telah berjaya meningkatkan syariat Islam tanpa menjatuhkan maruah orang lain tetapi mrmbetulkan mereka," katanya dalam ucapan ketika Solat Hajat Perdana "Munajat Selamatkan Gaza dan Selangor Bumi Bertuah" semalam.

Khalid bagaimanapun mengakui kesukaran berbuat demikian.

"Saya cuba untuk jalankan tugas dengan baik dan bertanggungjawab seperti yang disyariatkan Islam dan diharapkan rakyat Selangor.

"Kejayaan Selangor bukanlah bergantung kepada politik, sebaliknya dibuktikan dengan pemerintahan Islam yang adil dan amanah," katanya.

Semalam, Majlis Syura PAS menyokong pendapat Presiden PAS,
Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang menegaskan bahawa tiada sebab untuk menukar ketua kerajaan negeri Selangor.

Dan dengan Nik Aziz, yang semalam mengulangi bahawa Khalid tidak perlu diganti, maka PAS mungkin berdiri teguh di belakang menteri besar Selangor itu.

Sementara itu Khalid turut menyatakan beliau akan menjunjung syariat Islam dan tidak akan berkompromi terhadap pihak yang cuba menghina  Islam.

Dengan kebanyakan kira-kira 300 orang yang hadir merupakan
ahli PAS, beliau berkata mereka yang bukan Muslim, termasuk DAP perlu mengakui kerajaan yang dipimpin Islam itu bersikal adil.

"Saya buktikan walaupun saya kurang bercakap hal politik, walaupun DAP kata kita tak betul, malah (mendakwa) kerajaan yang dipimpin Islam tak amanah dan tipu.

"Sedangkan hakikatnya orang bukan Islam lebih gemar kita mentadbir mereka," katanya disambut dengan laungan takbir oleh hadirin.Malaysiakini



Johan As'ari: Dunia Artis Membawa Kemudaratan Sehingga Dia Lupa Diri dan Tinggal Solat..




Johan As'ari: Dunia Artis Membawa Kemudaratan Sehingga Dia Lupa Diri dan Tinggal Solat..

PETALING JAYA: Pelakon Johan As'ari mendedahkan dunia artis yang diceburinya telah membawa kemudaratan sehingga menyebabkan dia lupa diri dan meninggalkan solat.

Johan atau nama sebenarnya Johan Ariff As'ari, 28, berkata, selepas drama pertamanya berjudul Juvana dan Cinta Elysa mendapat sambutan hangat daripada penonton, dia mula mengabaikan diri terhadap perintah Allah.

"Dahulu saya seorang yang cintakan ilmu dan sanggup menggambara ke Batam dan Jambi, Indonesia berbulan-bulan bagi mendalami pengetahuan Islam. Kemudian saya balik ke Malaysia dan belajar di Kolej Universiti Islam Malaysia (KUiM) dalam jurusan kaunselor, selepas itu saya mendapat tawaran berlakon.

"Sekelip mata saya terus jadi popular yang saya langsung tidak pernah terfikir. Daripada situ saya sedikit demi sedikit berubah dan seronok dengan populariti yang saya kecapi hingga lupa untuk sembahyang dan berzikir yang dahulunya memang menjadi amalan saya," katanya dalam satu kiriman mesej menerusi apliaksi WhatsApp kepada mStar Online, pada Selasa.

Johan (kanan) dan Hisyam Hamid menjalani penggambaran di Krabi, Thailand.

Johan ketika ini berada di Krabi, Thailand kerana menjalani penggambaran drama bersiri Cintaku Di Krabi bersama pelakon Liyana Jasmay dan Hisyam Hamid.

Dalam pada itu kata Johan, kemewahan dan kehidupan dunia glamor yang diraihnya selama ini membuatkan jiwanya berasa kosong selain hati tidak tenang berbanding sebelum bergelar artis.

Bagaimanapun dia tiba-tiba didatangi perasaan insaf dan sedar terhadap kealpaan itu ketika menjalani penggambaran drama di Krabi yang mana ia itu turut dikongsi dalam Instagram miliknya pada pagi Selasa.

"Ya, pagi tadi (Selasa) saya benar-benar sedar dan menangis meminta keampunan daripada Allah S.W.T. Selama ini Allah banyak kali beri teguran melalui beberapa kejadian yang menimpa saya, namun hati saya sudah mati dan tidak menyedarinya.

"Alhamdulillah ketika bangun pagi tadi tiba-tiba saya rasakan taufik dan hidayah Allah meminta saya bertaubat untuk kembali ke jalanNya semula.

"Saya berniat untuk kembali semula untuk belajar seperti dahulu dan mendalami ilmu agama agar hati saya tidak tersasar," katanya.

Dalam pada itu, Johan berkata, dia tidak berniat untuk mengundurkan diri daripada dunia seni, sebaliknya berusaha untuk mengimbangkan antara kerjaya seninya dan tuntutan akhirat.



Sumber: Mstar.com.my


Penyanyi Berhijab Ligat Maksiat Dengan Suami Orang...




Penyanyi Berhijab Ligat Maksiat Dengan Suami Orang...

Dunia hiburan ini penuh dengan kejutan. SS hanya mampu mengurut dada mendengar sikap seorang penyanyi yang sekarang sudah memakai tudung, tetapi rupa-rupanya hanya untuk mengabui mata masyarakat bahawa dia seorang yang baik dan soleh.

Hakikatnya, kata sumber SS, penyanyi itu khabarnya bukan saja menduakan suami sendiri, sebaliknya ligat mengganggu rumah tangga orang lain. Dengan erti lain, penyanyi itu cuba memikat suami orang lain yang poketnya tebal dan boleh tahan kacak.

Khabarnya, rumah tangga artis itu sendiri tidak bahagia seperti mana yang ramai sangkakan selama ini. Hubungannya dengan suami ada pasang surut kerana masing-masing dilihat suka membawa haluan

Sendiri. Si suami sibuk berniaga dan penyanyi itu sibuk buat persembahan di sana sini, makan angin dan melepak dengan 'superfriends' kesayangannya kalau tidak ada undangan.

Apa yang lebih menyedihkan, lelaki yang sedang digoda dan dihimpit penyanyi itu bukanlah orang lain, sebaliknya suami kawannya sendiri.

Kenapa sampai begitu sekali? Adakah benar-benar dahagakan kasih sayang atau lebih kepada kebendaan?

SS harap perkara ini tidak berlarutan. Bukan apa, bimbang kalau isteri lelaki itu tidak tahan lagi dan terus membuat pembongkaran. Ketika itu barulah sibuk hendak menyorok bawah meja, malah nak sorok di belakang tudung pun dah tak sempat lagi.

SS@Hmetro

Soal Jawab Isu Boikot KFC Dan Pizza Hut Kerana Menyumbang Kepada Israel.




Soal Jawab Isu Boikot KFC Dan Pizza Hut Kerana Menyumbang Kepada Israel.

Hujah pro KFC (anti boikot KFC).

Kebenaran Tanpa Penghujung Boikot KFC?? Wajib baca. "Manusia menjadi musuh dengan apa-apa yang tidak diketahuinya. " - ini adalah pepatah orang-orang Arab. Bukan hadis nabi. Namun demikian, kata-kata ini banyak kebenarannya. Saya sedikit agak kecewa, bahkan mungkin merungut sedikit.

Saya memohon maaf jika tulisan saya kali ini agak pedas dan keras (syadid) sikit daripada biasa. Hal ini adalah kerana saya sememangnya tidak gemar apabila seseorang begitu mudah memberi hukum tanpa usul periksa. Isu memboikot barang-barang tertentu yang jelas bersekongkol dengan Israel, saya tegaskan bahawa saya sangat bersetuju dilaksanakan, tetapi lakukan boikot tersebut dengan bijaksana dan berhikmah. Bukan dengan membuta-tuli atau berlandaskan kejahilan serta kebodohan yang kita miliki. Umat Islam menjadi lemah adalah disebabkan sifat ingin tahu mereka terlalu rendah.

Malah, untuk mencari ilmu pengetahuan pun kita begitu malas. Umat Islam, khususnya di Malaysia- lebih gemar mendengar khabar angin daripada menyelidik untuk mencari kebenaran. Lantaran itu, apabila kejahilan yang kita ikuti pasti akan mendekatkan diri kita ke gaung kehancuran. Isu memboikot restoran makanan segera KFC telah dilancarkan secara besar-besaran dalam kalangan bloggers, saya tidak tahu sama ada ia berlaku secara terancang, mahu pun terjadi atas dasar kejahilan kita sendiri. Namun demikian, hal ini sedikit sebanyak mengundang rasa kecewa dalam kalangan pengurus-pengurus kanan KFC Holdings Berhad - dan sudah tentu juga bagi Pihak Tan Sri Muhammad Ali Hashim, CEO JCorp yang menguasai syarikat Kulim Berhad, dan pada masa yang sama, Kulim Berhad merupakan pemegang saham terbesar dalam KFC Holdings Berhad.

Nampaknya, kejahilan dan kebodohan kita selama ini, telah menyebabkan kita tidak mahu menyelidik dan mencari kebenaran, malah lebih gemar mendengar khabar angin daripada realiti. Tidak ramai yang tahu betapa susah dan gigihnya kumpulan Tan Sri Muhammaa Ali Hashim bertungkus-lumus untuk beberapa tahun, semata-mata mahu menguasai KFC Holdings daripada tangan orang lain. Keluar masuk mahkamah dan pelbagai lagi cabaran, demi memastikan KFC Holdings menjadi milik orang Islam. Namun demikian, apabila kita malas untuk mencari kebenaran, maka yang kita peroleh adalah kejahilan.

Dan apabila kejahilan yang kita sebarkan ia bukan sekadar membuka pintu fitnah, bahkan menunjukkan mentaliti umat Islam yang lebih mudah dipengaruhi oleh khabar angin daripada menyelidik terlebih dahulu sesuatu maklumat yang diterima. Sejak akhir-akhir ini tersebar luas kempen untuk memboikot KFC di seluruh Malaysia, tidak kurang juga risalah yang bertaburan di masjid-masjid menyeru umat Islam Malaysia agar memboikot KFC Malaysia. Yang lebih malang, kempen boikot KFC yang penuh dengan fitnah ini datangnya daripada mulut mereka yang tahu hukum hakam agama bahkah bergelar Imam dan Ustaz.

Padahalnya, mereka sendiri tanpa sedar menyokong rejim Ziones dengan menghisap rokok di kaki tangga masjid. Bukankah lebih molek dan baik jika lakukan kempen membiokot rokok? tidakkah kita tahu rokok itu haram hukumnya? membawa banyak fasad (kerosakan) ke atas tubuh badan manusia? Dan pelik apabila ada manusia yang menyuruh memboikot makanan yang halal tetapi berdiam diri tentang rokok? Mengapa sampai begitu jahilnya kita ini? Jika kita rasa bahawa kita tidak tahu, sama ada KFC Malaysia terlibat dalam menyalurkan royalti (bayaran cukai) kepada KFC Amerika Syarikat yang menyokong Israel, lebih baik kita diam. Jangan membawa fitnah ke sana ke mari, semata-mata kerana kita sendiri tidak berapa pasti maklumat tersebut dan hanya mendengar khabar angin.

Saya sempat menghubungi pegawai-pegawai kanan Tan Sri Muhammad Ali Hashim sebentar tadi- ternyata mereka sangat kecewa dengan kempen kotor lagi tidak bermaruah ini. Jelas, masyarakat kita kurang mengambil berat terhadap kesahihah sumber maklumat dan kurang amanah dalam ilmu pengetahuan. Perlu dijelaskan, bahawa KFC Malaysia hanya menggunakan jenama (brand) KFC semata-mata dan tidak membayar apa-apa cukai atau sebarang keuntungan kepada KFC induk di Amerika Syarikat.

Cuma membayar yuran penggunaan jenama. KFC Malaysia adalah hak milik kita. Ia halal di makan tidak seperti rokok. Menurut Pegawai-pegawai kanan Tan Sri Muhammad Ali Hashim, ini semua adalah fitnah dan boleh menjejaskan pendapatan para pekerja di restoran-restoran KFC di seluruh Malaysia yang berjumlah 19 000 orang itu. Malah, rata-rata pekerjanya terdiri daripada orang Melayu-Islam. Jika para pemboikot itu sanggup menyediakan pekerjaan baharu kepada mereka, itu tiada masalah, silalah boikot.

Tetapi malangnya, yang kita tahu hanya memboikot, apabila disuruh untuk menderma ke dalam tabung bantuan rakyat Palestin kita hanya sanggup masukkan RM 5 saja ke dalam peti derma di tepi pintu masjid. Sekarang, mari kita bertanya di manakah kita letakkan keutamaan jihad kita? memboikot sebuah produk yang terbukti salah untuk diboikot atau menggandakan jumlah derma kita kepada rakyat Palestin?

Tepuk dada, tanya iman dan bukan tanya kepada Aiman. Saya tegaskan sekali lagi, tiada salah untuk memboikot - tetapi biar secara bijaksana, berhikmah dan berilmu. Pilih betul-betul produk yang jelas menyalurkan bantuan kepada Rejim Ziones tersebut, jangan main sedap boikot saja. Umat Islam mundur kerana kita ketepikan soal (bijaksana) sebab kita jarang baca al-Quran. Lantaran itu kita mudah diperkotak-katik oleh bangsa lain. Adalah lebih baik pada pandangan saya kita boikot semua jenama rokok.

Jelas ia memudaratkan kesihatan, malah jenama syarikat-syarikat besar rokok antarabangsa belum tentu selamat daripada dikaitkan dengan negara Israel. Oleh yang demikian, saya menyeru kepada sesiapa sahaja, pergilah menjamu selera di restoran-restoran KFC, jangan ragu dan jangan gusar. Ia bukan sahaja halal, malah KFC Malaysia adalah milik orang Islam dan tidak terlibat dalam menyumbang wang atau royalti kepada negara Israel. Malah, ramai yang tidak tahu berapa juta ringgit yang telah didermakan oleh JCorp hasil keuntungan KFC kepada tabung rakyat Palestin.

Semua ini memerlukan kita berhati-hati sebelum memboikot. Tan Sri Muhammad Ali Hashim yang bertanggungjawab memperkenalkan Jihad Bisnes dan Jihad Ekonomi.. Usaha beliau harus dipuji dalam menegakkan Islam melalui perniagaan. Virtual Friends - XCopyright  2001-2014 Rakan Maya (PPM-0003-10-14012014). All rights reserved JANGAN SALAH BOIKOT 

-------------------------------------

Hujah dari kumpulan pro boikot KFC dan Pizza Hut


HARAP KITA MEMELIHARA UKHWAH SILATURRAHIM SESAMA KITA.. SEKADAR PERBINCANGAN ILMIAH DAN BERLAPANG DADA.. ISU BOIKOT KFC DAN PIZZA HUT Suatu perkara yg kita perlu jelas dan faham.. bahawa boikot setakat yg kita termampu adalah apa saja yg berkaitan dengan link ekonomi zionist yg jelas ianya adalah perintah Rasulullah s.a.w tatkala Baginda membatalkan seluruh urusniaga dgn yahudi apabila berlaku pengkhianatan terhadap Islam. Walaupun KFC malaysia adalah 100% share adalah milik jcorp.. SOALANNYA apakah tiada pembayaran yuran wajib kepada KFC International yg mana secara umum mengetahui penglibatan sumbangan ekonomi KFC International kepada zionis..???

Apakah nilai HILANG NYAWA jutaan umat Islam di palestin LEBIH MURAH nilainya dari 19000 pekerja KFC di malaysia yg bakal sekadar HILANG PEKERJAAN??? Berdasarkan artikel tadi, siapa sebenarnya yg jahil dalam menilai boikot ini dari kacamata Islam?? Kita masih membincangkan masalah HILANG PEKERJAAN, merosot ekonomi negara, bla.. bla.. bla.. dan sebagainya, kerana mentaliti kita sebagai usahawan dan peniaga.

BILA LAGI KITA AKAN BELAJAR BERFIKIR SEPERTI SEORANG JUTAWAN DAN AHLI KOPERAT YG DIDIDIK OLEH RASULULLAH S.A.W SEPERTI ABU BAKAR AS-SIDDIQ, USMAN BIN AFFAN, ABDUL RAHMAN BIN AUF.. Yang mereka adalah 'king of business' dan dalam masa yg sama mengenepikan soal untung dunia di saat panggilan jihad dilaungkan kepada mereka...

FAHAMILAH APA YG KITA BOIKOT.. BOIKOT ADALAH SUNNAH YG PERNAH BERLAKU KETIKA NABI S.A.W ARAHKAN PENDUDUK MADINAH JANGAN BELI AIR PADA HARI YAHUDI MENJAGA TELAGA AIR MADINAH.. TETAPI BELI DARI UMAT ISLAM PADA HARI UMAT ISLAM YG MENJUAL AIR - LIHAT DI DALAM SOHIH AL-BUKHARI kita boikot bukan sebab barang itu barang yahudi.. TETAPI kita boikot apa saja syarikat dari negara mana pun yg salur dana pada zionist.. Kalau syarikat tu syarikat buat kertas pemilik yahudi pun.. tapi tak pernah bg dana pada zionist.. untuk apa perlu boikot..

FAHAMILAH.. YAHUDI DAN ZIONIST DUA GOLONGAN BERBEZA.. SEKALI LAGI.. yg kita boikot adalah APA SAHAJA SYARIKAT YG MENYALURKAN SUMBER EKONOMI kepada zionis yg dilaknat Allah, maka kita wajib boikot... Maka kesimpulannya.. jika KFC MALAYSIA yg dimiliki oleh JCORP dgn 100% share bumiputera, MASIH MEMBAYAR YURAN WAJIB KEPADA KFC INTERNATIONAL YG MEMPUNYAI LINK DENGAN ZIONIST..

MAKA KITA WAJIB BOIKOT... Bagi saya ini sangat jelas kerana isu boikot ini adalah isu nyawa saudara seakidah kita ... yakinlah... rezeki 19000 pekerja KFC di malaysia adalah dari Allah.. bukan dari makhluk.. WAALLAHUL MUSTA'AAN..

 --------
Kumpulan anti boikot KFC berkata boikot perlu diselaraskan dengan ilmu supaya tak tersalah boikot. Atau dalam bahasa mudahnya jangan boikot KFC dan PIZZA HUT.

Kumpulan pro boikot pula siap keluar kata2 wajib boikot.

Ha Ha Ha

Di Malaysia kita sibuk gaduh pasal neh rupanya. Ngap ngap ngap maggie dulu. Tengok korang saling berbahas dan menghukum sesama sendiri.

Ha Ha Ha

Kbai.



Kami Akan Dedah Identiti, No IC Jika Enggan Muncul - Amaran PDRM Kpd Ahli Kelab Sukan Bogel.



Kami Akan Dedah Identiti, No IC Jika Enggan Muncul - Amaran PDRM Kpd Ahli Kelab Sukan Bogel.

PDRM bagi masa sehingga esok (9/8/2014). Atau bersedia dengan tindakan dari pihak polis. Apa yang PDRM akan buat ialah mendedahkan secara terbuka terang-terangan identiti 7 daripada 15 individu yang terlibat dalam penganjuran aktiviti sukan bogel di Teluk Bahang, Penang.

Polis akan dedahkan gambar mereka. Gambar yang lebih jelas. Nama. Dan juga no IC. PDRM akan buat sidang media khas untuk kemaskini hasil siasatan kepada awam dan sidang tersebut akan mendedahkan 7 butiran rakyat Malaysia yang melibatkan diri dalam aktiviti kesukanan tanpa pakaian itu.

Itupun jika ketujuh-tujuh individu tersebut enggan memberikan kerjasama untuk hadir ke balai bagi disiasat oleh PDRM.

Polis ada kesemua identiti individu yang terlibat. Lengkap. Dan polis mahu beri mereka masa untuk tampil ke hadapan bagi membantu siasatan. Jika mereka tidak menghargai masa (ruang untuk bekerjasama) maka bersiap sedia la dengan serangan online aka cyber bully. Faham2 aje la warga internet neh. Dengan cepat dorang boleh mengesan facebook, no telefon, alamat, sedara mara bahkan idelogi politik pun depa akan dedahkan di internet.

Aku cadangkan. P la balai sana dan bantula siasatan polis.

Tindakan berbogel2 di kawasan awam pada aku memang memalukan dan menjengkelkan. Langsung tak fikir2 keadaan sekeliling yang melihat kamu. Yang lebih teruk, boleh pula upload di youtube. Ingatkan rakaman curi. Rupa2nya.. sendiri rakam sendiri sebar.

Adoyaiiiiii..

Ya Allah. Rosak manusia ciptaan Engkau neh. Rosak

Foto Panas Julia Perez Memberi Susu Badannya Di jilat Anjing Undang Kemarahan Umat Islam










Foto Panas Julia Perez Memberi Susu Badannya Di jilat Anjing Undang Kemarahan Umat Islam

Kalau tidak mencetuskan sebarang isu kontroversi bermakna itu bukanlah pemilik nama Julia Perez atau lebih dikenali dengan Jupe. Selebriti tanah seberang ini memang tidak pernah takut atau berselindung dengan apa yang ingin dia lakukan.

Terbaru aksi mesranya bersama seekor anjing bernama Xena dilihat mengundang reaksi negatif daripada peminat dan juga pengikut di laman

Instagram miliknya. Mana tidaknya, bukan sekadar gambar bersama anjing, malah dia dilihat memberikan aksi kurang menyenangkan setiap mata yang memandang apabila telah bergomol dengan anjing berkenaan tanpa batasan.

Beberapa foto ini telah menjadi bukti tindakan Jupe yang seolah-olah seperti sudah lupa tentang soal halal dan haram di dalam agama. Sudahlah membela anjing sebagai binatang peliharannya adalah haram (kecuali untuk buruan dan menjaga keselamatan), bergomol dengan anjing berkenaan juga apatah lagi.

Dan seperti yang dijangka foto-foto Jupe ini sememangnya menyakitkan mata yang memandang ini telah mengundang kemarahan peminat Muslim yang mengetahui bahawa dia adalah selebriti Muslim dan tindakannya itu seolah-olah seperti menghina agamanya sendiri.

Lebih-lebih lagi pada saat semua masyarakat Islam sedang menyambut kedatangan Syawal yang mulia ini, tidak kira di bumi mana sekalipun mereka berpijak.

Sekalipun dikritik, Jupe bagaimanapun tetap mempertahankan tindakannya dengan memberikan jawapan bahawa apa yang dilakukannya itu adalah atas dasar rasa kemanusiaan dan kasih sayang terhadap binatang, namun hukum-hukum agama telah diketepikan dengan sewenang-wenangnya.

Antara kapsyen foto di Instagram miliknya itu adalah "Cinta itu adalah tangung jawab .. #xenamybaby #forbiddenactress #doglover #loveanimal" dan "Anjing itu setia.. Manusia aja yg kadang berhianati #doglover #xenamybaby.

Selain itu dia turut membalas komen daripada peminat yang mempersoalkan tindakannya itu, antara yang dibalas Jupe "@salmayanti19 jangan tiru apa yg tidak bagus disaya... Maff tapi buat saya tidak ada di bumi ini yg tidak di sayang allah.. Xena anjing penjaga yg baik.. Setia dan pintar.. Saya tidak baik mbak jangan di tiru adegan ini... Ini adegan saya lagi menyayangi binatang nanty saya kasih adegan yg mbak suka.. saya akan berusaha buat kalian semua bahagia. Dengan porsi saya, Julia Perez Rule."

Bagi pembaca yang tidak mengetahui asal usul pelakon yang dulu pernah bergaduh dengan Dewi Persik ini, Julia Perez adalah wanita yang dilahirkan sebagai seorang Muslim.

Julia Perez meminjam nama bekas suami pertamanya Damien Perez sebenarnya dilahirkan dengan nama Yuli Rachmawati dan berketurunan Sunda-Betawi. Dia kini berusia 34 tahun dilaporkan aktif menyanyi dan berlakon di Indonesia.

Jupe bermula sebagai model setelah mengenali Damien Perez (Yusuf Perez) yang kemudian menjadi suaminya dan sempat diambil untuk menjadi model bagi majalah FHM dan Maxim ketika di Perancis. Dek kerana ini juga, Jupe dicalonkan 100 perempuan terseksi versi majalah FHM dan Maxim di negara itu.