[HM] Singapura: Akhbar harian utama berbahasa Cina melaporkan bahawa
seorang lelaki mendapati isterinya tidur bersama suami orang dan saling
bertukar mesej pesanan ringkas (SMS) yang erotik setiap malam.
Kecurangan itu diketahui selepas dia meletakkan alat pengintipan
tersembunyi dalam telefon bimbit isterinya.
Menurut akhbar harian berbahasa Cina republik ini, Lianhe Zaobao, lelaki
itu turut mendapat tahu dia bukan bapa kandung kepada anak perempuan
mereka berusia dua tahun.
Dalam beberapa siri tulisan di blog miliknya, “Saya mahu balas dendam,”
lelaki terbabit menulis bahawa isterinya mengkritik prestasi seksualnya
dan bagaimana dia menikmati seks bersama kekasihnya dalam perbualan SMS
mereka.
Tidak mahu menjadikan anak perempuan mereka sebagai mangsa, lelaki itu
memutuskan mendiamkan diri dan meluahkan perasaan serta kemarahannya
dengan menulis di blog.
Dalam tulisan tiga hari lalu, dia berkata, isterinya berterus terang dengan suaminya dan meminta maaf.
Lelaki itu sudah meninggalkan kediaman mereka dan memutuskan memfailkan perceraian. - The New Paper
No comments:
Post a Comment