Penjelasan Diana Nasir – Nafi Jadi Punca Fizo Omar Putus Cinta | Ini pula berkaitan dengan kisah Fizo Omar
yang mendedahkan sudah putus cinta baru-baru ini. Biasalah, kalau dah
putus cinta, mesti ada sebabnya kan. Jadi, tak pasal-pasal nama Diana Nasir, kakak kepada Anzalna Nasir dikaitkan dengan isu berkenaan.
Kononnya, Diana menjadi punca kepada
putusnya hubungan cinta Fizo Omar dan bekas kekasihnya yang dikenali
sebagai Haas memandangkan Diana pernah digosipkan dengan Fizo sikit masa
dulu. Oleh itu ada pihak yang mendakwa Diana adalah orang ketiga dalam
hubungan Fizo dan Haas.
Bagaimanapun dalam satu laporan Malaysia Digests, Diana mengakui memang
berkawan rapat dengan Fizo Omar. Namun wanita ini menafikan
sekeras-kerasnya desas-desus mengatakan dia lah yang menjadi penyebab
Fizo Omar putus cinta.
“Saya orang ketiga? Tidak lah! Kejamnya
soalan awak ni… Saya tak mahu komen panjang benda ni, nanti orang akan
lagi lah tambah cakap yang bukan-bukan. Ya, kami memang kawan rapat
sejak dua tahun lalu. Tapi saya bukan orang ketiga, okay. Tak benar!
Sejak akhir-akhir ni kami pun jarang berjumpa, cuma kadang-kadang ada
lah BBM (Blackberry Messanger) atau Whatsapp dia. Saya pun tak mahu lah
kacau dia sebab dia dah ada kekasih. Tapi bila keluar berita dia
berpisah, saya dah dapat agak dah, orang mesti nak kaitkan saya, kata
Diana Nasir orang ketiga lah… dan sebagainya. Padahal saya bukan orang
ketiga, okay. Dakwaan tu tak benar. Tapi apa nak buat… saya terima dan
biarkan saja lah. Mulut orang kan… lantak lah”, ujarnya yang turut
memberitahu cukup selesa berkawan dengan Fizo.
Sebelum ini Fizo Omar ada menjelaskan
punca perpisahan antara dia dan bekas kekasihnya, Haas itu kerana tiada
keserasian antara mereka.